Hubungan Mikroplastik dan Kualiti Air di Sungai Melaka, Melaka, Malaysia
环境科学
作者
Mohamad Hafiz Abdul Halim,Harith Abdul Adzim Ismail,Laila Zulaifah Zulkipli,Shamsuri Abdul Manan,Masni Mohd Ali,Khairiatul Mardiana Jansar
出处
期刊:Sains Malaysiana [Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia] 日期:2024-09-25卷期号:53 (9): 2071-2083
标识
DOI:10.17576/jsm-2024-5309-05
摘要
Sungai Melaka adalah sumber pendapatan utama bagi masyarakat di negeri Melaka telah tercemar oleh mikroplastik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kelimpahan dan ciri mikroplastik yang dijumpai di dalam sampel air daripada 9 stesen pensampelan di sepanjang Sungai Melaka. Kualiti air dan perhubungan antara mikroplastik dengan sifat fizikokimia kualiti air juga dianalisis dalam kajian ini. Purata kelimpahan mikroplastik di Sungai Melaka adalah 569 zarah L-1. Mikroplastik warna hitam dan bentuk serpihan merupakan ciri-ciri mikroplastik yang dominan. Poliamida (PA) dan polietilena tereftalat (PET) adalah jenis polimer yang banyak dijumpai di dalam semua sampel air. Jumlah pepejal terampai (TSS) ditemui sebagai parameter yang mempunyai pengaruh terhadap mikroplastik gentian di Sungai Melaka. Secara keseluruhan, keputusan ini memberi maklumat terkini mengenai pencemaran mikroplastik di Sungai Melaka dan menyediakan data penting untuk penyelidikan lanjut mengenai mikroplastik dalam ekosistem air tawar.