政治学
人文学科
物理
化学
传统医学
哲学
神学
林业
数学
业务
作者
Nur Layali Mohd Ali Khan,Saiful Izzuan Hussain
出处
期刊:Sains Malaysiana
[Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia]
日期:2026-06-30
卷期号:55 (06): 1067-1076
标识
DOI:10.17576/jsm-2026-5506-11
摘要
Hubungan kompleks antara kedudukan pasaran buruh dan prestasi ekonomi merupakan salah satu fokus utama dalam analisis makroekonomi. Namun, kaedah berparameter yang lazimnya digunakan bagi mengkaji permasalahan dalam bidang ini tertakluk kepada andaian kenormalan, kelinearan dan kepegunan. Dalam konteks Malaysia, andaian ini berpotensi menyebabkan salah tafsir terhadap hubungan sebenar yang dipengaruhi oleh faktor struktur dan ketidaktentuan. Oleh itu, kajian ini menggunakan entropi kopula sebagai pendekatan tak berparameter yang fleksibel untuk menilai kekuatan dan bentuk kebersandaran antara keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar, guna tenaga dan pengangguran bagi tempoh 2011 hingga 2024. Keputusan menunjukkan bahawa semua pasangan pemboleh ubah mempunyai nilai entropi kopula negatif yang menandakan kewujudan kebersandaran. Hubungan kebersandaran paling kuat ditemukan dalam pasaran buruh iaitu antara guna tenaga dan pengangguran manakala hubungan dengan KDNK benar adalah lebih lemah serta menunjukkan corak tak linear dan asimetri. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa entropi kopula berupaya mendedahkan struktur kebersandaran yang kompleks dalam data makroekonomi dan selanjutnya menyediakan asas yang lebih tepat untuk menyokong penggubalan dasar pasaran buruh dan pertumbuhan ekonomi.
科研通智能强力驱动
Strongly Powered by AbleSci AI